Terbaharu, Fesyen Langsir Masa Depan
oleh IZZUL

Jika kita lihat pada masa lalu, rekaan langsir tidak mempunyai elemen ekstra. Langsir dahulu hanya bergantung pada corak floral gaya inggeris dan tona warna yang tegap atau warna solid. Namun, berbeza dengan rekaan langsir terkini.

Langsir terkini dan moden sebenarnya terdapat mekanikal ekstra bagi mencantikkan rekaannya malah menyerlahkan pesona tersendirinya. Teknologi terbaharu telah membantu menciptakan jenis-jenis langsir yang mempunyai fungsi tersendiri bergantung pada situasi dan kegunaan. Sebagai contoh, langsir yang mampu menahan cahaya matahari.

Berikut adalah beberapa langsir yang telah dicanggihkan dengan spesifikasi tertentu dengan rekaan moden terkini yang lebih segar dan nyaman.

Nomad / Collection

Langsir Harmony Blackout

Langsir Harmony Blackout adalah langsir jenis tahan cahaya. Langsir ini kaya dengan tekstur tenunan rekaan bakul dan dilangsirkan secara indah menepati pelbagai jenis dekorasi di kediaman atau mana-mana bilik anda. Langsir ini 100% tahan cahaya untuk lebih privasi dan tidur yang lebih sihat.

Walaupun sepenuhnya tahan cahaya, langsir ini juga mempunyai warna yang harmoni dan sejahtera bagi menyerlahkan gaya moden terkini. Kekal panas di musim sejuk dan kekal sejuk di musim panas. Rekaan bentuknya lebih tebal namun masih mampu mencipta suasana yang aman dengan pilihan warna ceria dan panas. Kanak-kanak juga mampu menikmati ruang yang lebih sihat dengan langsir harmoni ini.

Langsir Damask

Damask adalah fabrik yang rekaannya boleh diterbalikkan dan diperbuat daripada sutera, linen, bulu, kapas atau serat sintetik, dengan corak yang boleh dibentuk dengan cara tenunan. Damask biasanya ditenun dengan satu benang warp dan satu benang rami, biasanya dalam corak tenunan satin.

Langsir jenis Damask kebiasaannya diperbuat daripada satu warna monokromatik dan ditenun dengan sutera, linen atau fiber sintetik seperti benang rayon dengan corak bunga, buah-buahan dan banyak lagi gaya. Kain jenis Damask juga berfungsi sebagai pantulan cahaya dan amat sesuai untuk mewujudkan rasa nyaman yang bergaya dan moden.

Langsir Vintage Flora English

Langsir Vintage Flora English adalah langsir yang diinpirasikan daripada gaya klasik namun kini menjadi lebih kontemporari. Langsir jenis ini penuh dengan corak dan motif tumbuh-tumbuhan untuk suasana yang lebih segar, nyaman dan menenangkan. Langsir ini amat terkenal di negara barat seperti England dan Amerika.

Langsir ini kebanyakannya datang dengan warna lebih berkrim dan panas bagi menyesuaikan dengan corak berbunga. Corak berbunganya juga diinspirasikan dari ladang-ladang di negara Eropah dengan warna yang cukup unik dan menyerlah. Dengan coraknya, kediaman anda tidak akan nampak terlalu bosan, malah mungkin nampak lebih menarik dan mempesonakan tetamu yang hadir.

Sheerful-Flo / Collection
Galileo / Collection

Langsir Sheer Day Tulle Lace

Tulle Lace adalah fabrik ringan, sempurna dan diikat keras. Ia diperbuat daripada pelbagai jenis fiber seperti sutera, nilon, polister dan rayon. Kebanyakan fabric Tulle Lace digunakan untuk rekaan baju gaun pengantin dan majlis tertentu. Namun, kini ia juga digunakan dalam rekaan fesyen langsir terkini.

Kerana sifat fabriknya yang sedikit jarang, langsir ini kebanyakannya boleh menelusi cahaya. Langsir ini juga banyak digunakan pada siang hari bagi membenarkan cahaya masuk ke dalam. Langsir ini juga digunakan sebagai langsir sampingan kepada langsir utama. Langsir ini juga boleh menyerlahkan suasana kediaman yang lebih mengutamakan pencahayaan semulajadi.

Langsir Sheer Day Tulle Lace

Tulle Lace adalah fabrik ringan, sempurna dan diikat keras. Ia diperbuat daripada pelbagai jenis fiber seperti sutera, nilon, polister dan rayon. Kebanyakan fabric Tulle Lace digunakan untuk rekaan baju gaun pengantin dan majlis tertentu. Namun, kini ia juga digunakan dalam rekaan fesyen langsir terkini.

Kerana sifat fabriknya yang sedikit jarang, langsir ini kebanyakannya boleh menelusi cahaya. Langsir ini juga banyak digunakan pada siang hari bagi membenarkan cahaya masuk ke dalam. Langsir ini juga digunakan sebagai langsir sampingan kepada langsir utama. Langsir ini juga boleh menyerlahkan suasana kediaman yang lebih mengutamakan pencahayaan semulajadi.

Langsir Warna Gradient Bercorak

Selain daripada jenis fabrik, langsir terkini juga mempunyai kepelbagaian dalam warna dan corak seperti Langsir Gradient. Warna gradient adalah satu tona warna yang mencerun daripada warna asalnya. Anda boleh lihatnya dalam grafik komputer di mana warna asalnya adalah merah, namun warna gradient lebih mencerun antara merah dan merah jambu yang mewujudkan warna baru yang lebih menarik

Warna gradient juga diaplikasikan pada langsir dan membentuk tona warna luar biasa dan unik pada pandangan. Pelbagai jenis tona warna yang boleh dipilih. Warna gradient juga mewujudkan suasana yang lebih ceria dan damai. Warnanya juga menaikkan seri moden kediaman anda. Selain warna, terdapat juga corak yang menepati warna gradient ini seperti corak laut dan langit.

Ultra Dim / Collection

Langsir Geometrik Minimalis

Langsir jenis Geometrik Minimalis adalah langsir rekaan moden yang menampilkan rekaan yang diilhamkan daripada bentuk geometrik yang lebih santai tetapi menarik perhatian. Rekaan geometrik yang kita boleh selalu lihat adalah pada rekaan bangunan. Rekaannya lebih menepati sudut sisi seperti bentuk empat segi kotak namun dengan dimensi yang berbeza.

Langsir geometrik juga lebih halus pada perinciannya dimana setiap sudut diambil kira. Langsir jenis ini mampu menyerlahkan konsep moden terkini dan segar. Rekaan bentuknya juga datang dalam pelbagai bentuk seperti segi tiga, bulat dan sebagainya. Rekaan yang minimal, tapi mampu mempesonakan setiap mata memandang.

Jika anda mencari langsir terkini bagi memenuhi konsep moden kediaman anda, anda perlu membuat kajian yang lebih mendalam. Langsir terkini dan moden mempunyai banyak fungsi yang anda boleh terokai bagi menyesuaikan konsep kediaman anda. Pilihan warnanya juga lebih menarik dan segar berbeza dari masa lalu. Warna moden terdiri daripada warna yang dihasilkan dalam komputer.

Anda juga boleh membuat rekaan tersendiri dengan merujuk pada pakar penghias langsir sekarang. Rekaan grafik komputer juga boleh dilihat pada langsir-langsir terkini. Perkembangan teknologi sememangnya telah menukar arus fesyen langsir terkini. Oleh itu, anda tidak boleh ketinggalan dengannya agar kediaman anda sentiasa menarik perhatian ramai, kerana itu yang kita semua mahukan betul?

Sardegna / Collection
Articles suggestion

If you are searching for the perfect curtain to express your personality at home, talk to our sales representatives in here.

Read more
worry-free fabrics

featured brands

About
Follow us